fbpx

Read More about Peraduan Lawat dan Menang “Visit & Win”

No Description Action
1 Peraduan Lawat dan Menang “Visit & Win” View

View Document

| Download

 

Langkah-Langkah Peraduan Lawat dan Menang “Visit & Win”

Langkah 1: Lawati Galeri Jualan atau Rumah Contoh / Projek Hartanah PKNS

Langkah 2: Bergambar mengikut kreativiti tersendiri di lokasi dengan disertakan keterangan (caption) yang kreatif di laman media sosial Facebook

Langkah 3: Muatnaik gambar tersebut di dalam laman Facebook anda dan tag 5 rakan anda serta letakkan hashtag #pknsproperty dan hashtag rumah contoh atau galeri jualan.

Contoh: #HijauanEnklafAlamNusantara #TamanBayuMelawatiKualaSelangor #VioletBernamJaya (Profil anda perlu dalam tetapan public bagi memudahkan kami untuk melihat gambar yang telah dikongsikan).

Gambar, keterangan (caption) yang paling kreatif, likes dan shares paling tinggi akan memenangi hadiah berjumlah RM 3,000.00.

 

Syarat dan Terma Peraduan Lawat dan Menang “Visit & Win”

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas yang bermastautin kecuali kakitangan PKNS, (termasuk anak syarikat PKNS), ahli keluarga, wakil kakitangan pekerja.

2. Tempoh peraduan akan bermula dari 00:00:00 PAGI pada 9 Mac 2019 hingga 23:59:59 MALAM pada 8 April 2019. PKNS berhak meminda tempoh peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

3. Penyertaan yang diterima di luar daripada tempoh peraduan akan dibatalkan secara automatik, dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

4. Untuk menyertai, peserta hendaklah mematuhi setiap langkah seperti di nyatakan di atas.

5. Peserta boleh mengemukakan seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki sepanjang tempoh peraduan.

6. PKNS berhak untuk menyingkirkan atau membatalkan mana-mana penyertaan tanpa memberikan sebarang notis kepada peserta atau pihak berkaitan.

7. PKNS berhak untuk menarik balik hadiah sekiranya mendapati pemenang melanggar syarat-syarat dan peraturan peraduan.

8. Dengan menyertai peraduan ini, semua peserta sedia maklum dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat serta keputusan yang dibuat oleh PKNS.

9. Semua keputusan yang berkaitan dengan peraduan ini adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

10. Perlindungan Data: Dengan menyertai peraduan ini, peserta memberi kebenaran kepada pihak PKNS untuk menggunakan nama, gambar atau imej bagi tujuan pengiklanan, dan publisiti dimasa akan datang, yang berkaitan dengan peraduan dalam laman media sosial Facebook tanpa pampasan tambahan, pemberitahuan atau kebenaran.

qr codehome
click

QR Code

qrcode

Scan this QR Code using your smartphone

 Bangunan Ibu Pejabat PKNS, No. 2, Jalan Indah 14 /8,
 Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
 Selangor Darul Ehsan

 Phone : 603.5525.0300 | Email: pknsmarketing@gmail.com
 
Latest Update :
 
Visitor Counter :
017848